PERKONGSIAN 15 JUN 2018: ''PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAN DI KG SAMPAH, BATU 8, SANDAKAN, SABAH'' ANJURAN MADS.
KEMISKINAN ADALAH UJIAN...
Setiap yang bergelar insan maka ia akan terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita, sengsara, dan ujian. Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya. Insan bukan tuhan untuk terlepas dari panahan sengsara dan ujian. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya. Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca. Mungkin diuji dengan kemiskinan dan kesusahan. Segalanya mungkin. Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk. Dalam pada itu, mungkin kita tidak pernah tahu bahawa adanya sekelompok insan dalam keadaan begitu kasihan. Kisah ini bukan rekaan, kisah ini adalah kenyataan yang akan kami kongsikan:
Kita beranggapan bahawa 'sampah' adalah bahan buangan yang jijik, kotor, busuk dan mesti dijauhi. Namun, tahukah anda bahawa terdapat insan yang menjadikannya sebagai punca rezeki untuk mencari sesuap nasi. Bayangkan betapa kasihannya mereka tidak kira umur, lelaki atau perempuan yang turut menjadikan pekerjaan ''menyampah'' sebagai punca pendapatan. Ada yang tidur di tepi sampah untuk menunggu kehadiran lori sampah yang mana mungkin ada terdapat makanan di dalamnya dan barang-barang yang boleh didagangkan.Tibanya lori sampah, maka disitu terlihat persaingan di antara mereka yang berebut untuk menyelongkar sampah dengan penuh harapan ''semoga adalah untukku makan''. Kasihan bukan.?
Rumahku Syurgaku. Rumah banglo, teres, dan kondominium mana satu milik kalian.? Tahukah anda rumahku syurgaku bagi masyarakat di perkampungan ini adalah rumah yang berdindingkan papan buangan, atap zink di jalanan, dan lantai di pinggiran. Bayangkan bila mana hujan datang tanpa dijemput dan bagaimanakah keadaan mereka semalaman. Kasihan anak kecil yang kesejukan menangis untuk meminta ihsan. Apakah tindakan kalian duhai pihak yang berkenaan.? Marilah bantu mereka kerana mereka juga insan, mereka juga manusia yang ada perasaan.
Bersambung....
