Sunday, 30 September 2018

Langkah-langkah Dalam Menghadapi Ujian Allah



Nama Penulis: Iskandar Zulfaqar

Ujian merupakan dugaan yang Allah S.W.T turunkan untuk menguji sejauh mana kekuatan iman hamba-hambaNya. Ujian diturunkan dalam dua jenis sama ada kesusahan ataupun kesenangan.

Contoh bagi kesusahan adalah seperti sakit, ditimpa musibah dan sebagainya manakala bagi bentuk kesenangan pula seperti kekayaan, dikurniakan anak yang cerdik dan lain-lain. Sememangnya dugaan berbentuk kesenangan adalah untuk melihat sejauh mana manusia bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T yang tidak terhingga. Nikmat kesusahan pula diberikan untuk Allah meninggikan darjat iman seseorang itu.
             
Allah S.W.T. menurunkan dugaan kesusahan kerana merindui seseorang itu. Mungkin kerana faktor kesibukan kerja, seseorang itu telah berkurang ibadatnya. Jadi, Allah S.W.T. merinduinya untuk beribadat. Atas dasar itulah Allah S.W.T. menurunkan ujian kepadanya supaya dia berdoa dan merayu kepada Allah agar dipermudahkan jalan penyelesaian buat ujian yang dihadapinya.

Hanya orang kuat akan diduga oleh Allah S.W.T. Harus juga diingat bahawa segala ujian yang Allah S.W.T. berikan juga hanyalah mengikut kemampuan seseorang itu. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 mafhumnya:
           
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya, dia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…”
           
Melalui ayat ini, jelaslah kepada kita bahawa ujian yang diturunkan kepada kita itu tidaklah terlalu berat sehingga kita tidak mampu untuk memikulnya. Allah Maha adil. Allah sesekali tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka hadapi. Namun, realitinya pada hari ini amat menyedihkan.

Tidak ramai dalam kalangan umat Islam yang benar-benar memahami konsep ujian yang Allah S.W.T. turunkan ini. Kebanyakannya berpendapat ujian Allah ini sebagai satu siksaan kepada mereka. Ini jelas sekali bertentangan dengan konsep ujian daripada Allah. Ujian sebenarnya merupakan satu peluang kepada kita untuk ditingkatkan darjat di sisi Allah.

Ramai juga yang mengeluh setiap kali ditimpa ujian. Malah, lebih teruk ada yang sehingga mencaci-maki tatkala merasakan bebanan ujian itu terlalu berat untuk dihadapi. Kadang-kala, ujian itu tidak seberat mana. Namun, oleh kerana terlalu banyak mengeluh, jalan penyelesaian untuk sesuatu ujian itu menjadi kabur.

Sewajarnya sebagai seorang yang beriman, kita bertenang dan berdoa kepada Allah supaya ujian yang diberikan kepada kita itu. Di sini saya akan kongsikan beberapa langkah yang boleh kita ambil ketika menghadapi ujian Allah. Hal ini demi memastikan kita dapat menerima ujian itu sebagai sesuatu yang positif dan bukannya mengeluh serta mengaku kalah. Antara langkah tersebut ialah:

SABAR

Sabar itu separuh daripada iman. Terdapat satu kata pujangga yang sangat menarik untuk didengari berkaitan dengan sabar iaitu orang yang kuat adalah orang yang mampu sabar dan menahan marahnya. Ini sememangnya benar.

Tidak semua manusia mampu bersabar. Apabila mendapat sesuatu masalah atau musibah, kita lebih suka mengeluh daripada bersabar. Sifat sabar itu sememangnya nampak mudah tetapi amat sukar untuk kita milikinya. Sebagai contoh, kita dibuli oleh seseorang.

Adakah kita ingin bersabar ataupun membalas perbuatannya itu? Apabila datangnya situasi begini, amat sukarlah untuk kita menguasai sifat sabar itu. Oleh yang demikian, kuasailah sifat sabar ini dalam diri. Sentiasalah bersabar apabila diduga oleh Allah. Nescaya Allah akan memberikan lebih ganjaran kepada kita berkat kesabaran yang dimiliki itu.

BERFIKIRAN POSITIF

Perkara penting yang menguasai perlakuan kita adalah pemikiran kita sendiri ataupun dipanggil mindset. Tetapkanlah di dalam minda bahawa setiap ujian yang Allah timpakan itu adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya. Yakinlah juga bahawa setiap dugaan yang didatangkan itu akan ada bersamanya suatu hikmah. Sentiasalah berfikiran positif ketika menghadapi ujian Allah.

Sebagai contoh, jika kita diuji dengan kesakitan sehingga menyebabkan kita tidak dapat pergi ke tempat kerja. Hikmahnya ialah mungkin diri kita perlukan rehat setelah terlalu sibuk bekerja. Masa ini juga boleh kita gunakan untuk beribadat kapada Allah S.W.T.
           
Terdapat juga tanggapan yang salah tentang konsep ujian di mana ada yang manyatakan bahawa ujian ini merupakan kifarah dosa ataupun balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini. Hal ini terang-terangan salah. Jika diteliti pada sirah Nabi Muhammad S.A.W., baginda turut diturunkan dengan pelbagai ujian malah lebih berat daripada ujian yang ditimpakan kepada kita pada hari ini.

Adakah kerana baginda berdosa? Tidak sama sekali. Rasulallah S.A.W. adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa dan telah dijanjikan syurga kepadanya. Hujah yang mengatakan ujian sebagai satu kifarah dosa adalah tidak tepat sama sekali.



BERISTIGHFAR

Sebaik sahaja sedar kita ditimpa ujian, beristighfarlah dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya dengan beristighfar dapat menenangkan sedikit hati yang sedang lara. Tidak dinafikan berat sekali mulut kita untuk beristighfar ketika ditimpa ujian tetapi mulut kita malah lebih ringan untuk mengungkap kata-kata kesat bagi melepaskan tekanan yang dihadapi.

Cubalah yang terbaik untuk beristighfar. Andai kata terlalu sukar, mulakanlah dengan menyebut nama Allah setiap kali kita ditimpa masalah. Biasakan diri berbuat begitu sehinggalah diri kita sudah terbiasa. Yakinlah bahawa setiap masalah yang kita hadapi itu ada penyelesaiannya. Allah inginkan kita untuk berusaha demi menyelesaikan permasalahan tersebut. Setiap usaha yang kita jalankan juga telah dijanjikan pahala oleh Allah.

Kesimpulannya, Allah S.W.T. menurunkan ujian bukanlah untuk mebebankan manusia tetapi untuk meningkatkan darjat mereka. Setinggi mana pun tahap ujian yang kita terima sememangnya ada hikmah yang terlindung di sebaliknya. Jangan sesekali berputus asa atas dugaan yang diterima.

Sebaliknya, tanamkanlah dalam fikiran bahawa ujian yang diterima itu hanyalah sekadar kemampuan diri dan bertujuan meninggikan lagi darjat kita di sisi Allah S.W.T. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.

             

Sunday, 23 September 2018

Chase Your Dreams, You Might Catch One!



By Cikgu Surin

Back to our golden days – when we were still wearing our school uniform with our pants located perfectly at our chest level, for boys. The girls with their cute baju kurung and pinafore – with some girls would flip their hair whenever the boys are passing by. The atmosphere in our school are so nostalgic and it still came across our mind even though years have passed. In school- especially in Asian school, we were taught to be an obedient students. In another word, a yes-person who would agree with whatever the teachers told us even though we agree to disagree. For so many years in school, we were living under a so-called poor and ineffective learning doctrine which contributes in creating a product (student) with low self-esteem, unable to make decisions and unproductive as well. We were taught by the teachers to study so hard, memorizing the textbooks, fight for good grades and the cycle of school system goes on and on. Some teachers would yell and tell us that - if we don’t implement those steps, we will fail in life. These kind of doctrine would kill our passion and stop us from having what we really want in life.

Each and every student has their own ability and learning styles. The system that forces all students to stay in the same boat with the same pace is an absolute ridiculousness. Everyone has their own goals and passion in life. Since we were young, we were used to a horrible concept of success – which gives emphasis on wealth as the symbolic of successful life. Due to that phenomenon, everyone now are struggling so hard to be rich. But, little did we know how much hard work and sacrifice it would cost us. The point is, are we willing to go through the sweat-tears process and do whatever it takes to reach our goals in life? As we are getting older and wiser, we realised that there are so many finer things in life that we mislook. We forgot that life is not just about having a highly-paid salary, big houses, partying here and there, work from dawn to dust and be successful in others perspective. After so many years of despair and confusion, we realised that we were living under people’s expectation and demand. We work so hard to fulfil their needs which has nothing to do with our goals and passion in life. So, what do we need to do?

“All of our dreams can come true – if we have the courage to pursue them” – Walt Disney

Having faith and slowly make a change in our life are so crucial in developing our life and hence, can be our stepping stone in our way to pursue our dreams. Even in our religion – no matter what belief system we have, urge us to change our fate and life to a better level because God won’t do us a favour unless we change ourselves. The key for a successful life is to commit, take action, have faith and let God do His work – in whatever we do. If you want a good health, eat good foods. If you want a pocket full of money, find ways to gain money. If you want a pocket full of soul, get close to your religion and do good things. At the end of the day, it just the matter of how bad do you want it.

Other than that, we have got to do some investment in life. However, it has nothing to do with any kind of investment in stocks, company, gold or money. The best investment we can make in our life is to invest in ourselves. Learn new things each and every day. Eat better food to ensure our health is in a good shape. Read thousands of books – motivational, financial, religious, general knowledge, parenting and many more. Invest in things that can bring some add on values in our life. Listen to positive things because at the end of the day, you are what you eat, read and hear.

Along the way to reach our goals, we will face a lot of challenges. There will be things that will block us from reaching our dreams in life. People will go against us and break our positive wall with their stupid perceptions and perspectives regarding our goals in life. The shocking truth in life is, the people that will drag us down are our own family and friends. So, what can we do is to have a good control of our emotion and feelings. We can’t go any further in life if we can’t control how we feel – which act as a catalyst in our actions. Take control of our life and do not let others interfere our life. Be so smart and strong in making life’s decision. We might let some people down but at the end of the day, it is our life. The point is to just believe that one day we will get what we really want. It just the matter of time.

“Don’t work so hard to live a life that other people wants us to live in - but, work so hard to live a life that we’ve always wanted.”- Writer
After all, life is a choice. We get to choose on how we would decorate our sheet of life – it can either be so colourful or only full of grayscale writings.


Monday, 3 September 2018

Bicara Tentang Tanggungjawab Dan Amanah.



Oleh: CIKGU ISKANDAR ZULFAQAR


Siapa pun kita, apa jua jawatan yang kita pegang serta sehebat mana pun kita di dunia ini, yakinlah bahawa setiap daripada kita sebenarnya telah menggalas tanggungjawab dan amanah besar.

Tidak kiralah sama ada amanah yang digalas itu berbentuk jawatan dalam sesebuah organisasi atau pekerjaan, ketua dalam sebuah kumpulan kecil hatta menjadi seorang bapa sekalipun tetap dikira memegang amanah dalam memastikan ahli-ahli keluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah.

Namun, sejauh manakah pemahaman kita tentang perkataan amanah ini. Amanah bukanlah perkataan biasa. Perkataan ini terkandung makna yang sangat besar dan menjadi penentu sikap seseorang manusia itu. Seandainya seseorang itu beramanah nescaya sikapnya disukai orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Kita mungkin lupa bahawa setiap daripada kita sebenarnya memegang satu amanah yang paling besar di muka bumi ini iaitulah menjadi khalifah. Khalifah membawa erti pemimpin, di mana manusia perlu memimpin sekalian makhluk di bumi ini dan bukannya melakukan kezaliman serta penindasan. Berikut merupakan firman Allah dalam Al-Quran berkaitan perkara ini:

إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولً

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan[Surah al-Ahzab 72]

Oleh yang demikian, terdapat beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan dalam usaha menjalankan amanah yang diberi. Pertama adalah keupayaan kita dalam menjaga amanah tersebut. Jagalah ia dengan baik dan janganlah sesekali mengkhianatinya.

Sebagai contoh, jika kita memegang amanah sebagai seorang ketua keluarga, telah menjadi kewajiban kepada kita dalam membimbing serta sentiasa memberi perlindungan kepada anak-anak dan isteri yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.

Begitu juga sekiranya kita memegang amanah sebagai ketua dalam sesebuah organisasi. Tanggungjawab besar yang perlu dipikul adalah untuk memastikan kebajikan serta hak anak-anak buah sentiasa terjaga.

Jangan pula sesekali mengkhianati amanah yang diberi seperti mengabaikan kebajikan mereka ataupun melakukan penindasan terhadap mereka. Apabila dibangunkan di akhirat kelak, Allah akan mempersoalkan bagaimana kita menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Adalah amat beruntung sekiranya amanah tersebut dijaga dengan baik kerana hal ini bakal memudahkan lagi laluan seseorang itu untuk ke syurga Allah. Sebaliknya, celakalah orang yang mengabaikan amanah Allah kerana semestinya hal ini akan menjadi penyebab mereka dicampak ke neraka.

Oleh itu, sekali lagi diingatkan bahawa amanah sangatlah penting untuk dijaga dengan baik. Biarlah kita merasakan susah di dunia ini untuk menjaga amanah tersebut asalkan di akhirat nanti laluan kita untuk ke syurga akan dipermudahkan.

Semoga kita semua diberikan kekuatan oleh Allah dalam usaha menjalankan amanah yang dipikul. Semoga usaha kita menjaga amanah ini dipermudahkan serta diredhai dan diberkati oleh Allah.