Friday, 14 December 2018

Be like Khadijah !



Prepared by : Nur Izzah Binti Ismail




Aisha r.a once said,
"I was never jealous of the wives of the Messenger of Allah except for Khadijah.”

(Reported by al-Bukhari in Sahih al-Bukhari, number 3816)

Who is Khadijah? What made her to be so special?

Khadijah binti Khuwaylid r.a is not a foreign name in the history of Islam. She was born in Makkah in the tribe of Quraisyh in 556 A.D. She belonged to a family named Bani Asad. Her mother`s name was Fatimah bint Zayd, and his father, Khuwaylid bin Asad was a well off businessman and a renowned leader of the clan. She was not known for a pious business woman only, rather her role as a supporting wife and a true Muslim is also evident from her life. 

Rasulullah () used to praise her above the rest of the Ummul Mukminun (Mothers of the Believers). She was intelligent, honourable, devoted, virtuous and generous. She is from the people of Paradise. She was Prophet Muhammad’s () first love (and, in her lifetime, only) wife, thus the first person who took shahada and accept Islam.

Behind the narration of every great man,
There is a great woman.

Rasulullah () is the greatest mankind, the man out of imperfection. Behind of the successful history through his lifetime were his wives. Definitely, the one who made the earliest contribution to the account was Khadijah.

The first Muslim woman in history.
The greatest source of comfort.

When Rasulullah () run home with his heart trembling after receiving the first Revelation from Jibril in his indescribable true form, whom did he go to, for support after this shocking encounter? Not to his best friend, Abu Bakr, nor to his uncle, nor to a doctor, nor to a spiritual leader. Yet, he went to his wife.

“… and he informed her of the incident, saying:

‘I fear for myself.’

She said to him:

‘It can’t be. Be happy. I swear by Allah that He shall never humiliate you. By Allah, you join ties of kinship, you speak the truth, you bear people’s burden, you help the destitute, you entertain guests, and you help against the hardships which affect people.’…”

(Reported by Aisha r.a & collected by Muslim, number 301)

Look at her conviction in what Rasulullah () said. Pause for a moment and note her weighty words. She didn’t doubt him, nor show the slightest hesitation towards the words he uttered.
Her response makes it clear why he sought her out in his need of psychological support. It’s kind, loving, and positive.

‘She believed me when people rejected me’
- Prophet Muhammad

Her loyalty and assistance didn’t stop there. When Rasulullah () started preaching Islam, she stood by Him and supported Him in every regard possible. Back then when Islam was first cultivated, the Muslims were small in number, and, in such a trying period, Khadijah remained alongside the Messenger of Allah in support whenever the Quraisyh disclaimed him or contracted hostility towards him. She assisted him in preaching the words of Allah and hence witnessed the division between the people of faith and those of disbelief.

 Dakwah isn’t an easy job. It requires great men and great women work together. Just like Rasulullah and his devoted wife, Khadijah, the perfect example of a solehah Muslim woman we should learn from. Undoubtedly, the world need more Khadijah.

So, be like Khadijah!

May Allah be pleased with her and grant us all ability to be like her.
Notes:
I believe MADS has been followed by many people and they comes in both gender. Going through all of the previous articles in this blog, I’ve decided to focus more on female readers.

So this write-up is for you, masya-Allah all great sisters who’d been with MADS for days and nights, praying the best and supporting this team along the journey. ^^

May Allah bless all of us.
Ameen.
……………………………………………………………



Monday, 10 December 2018

MENJADI SEBAIK-BAIK PERIBADI


Oleh: Nur Mustika Adriena binti Sazali


Rasulullah SAW bersabda, خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ bermaksud sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain. (Hadis riwayat Ahmad, At-Thabrani & Ad-Daruqutni. Dihasankan oleh Al-Albani)

Nabi Muhammad SAW menyeru umatnya untuk melakukan kebaikan, menyebarkan manfaat kepada orang lain sejajar dengan peranan manusia sebagai khalifah. Menurut Kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, manfaat ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan, kegunaan, faedah atau keuntungan.

Menjadi Peribadi Bermanfaat
Menjadi peribadi bermanfaat boleh direalisasikan melalui tiga hal, ilmu / kepakaran, harta dan tenaga. Satu atau dua daripada tiga perkara itu pasti dikurniakan dalam diri setiap manusia. Kita dapat menjadi bermanfaat kepada masyarakat dengan ilmu atau kepakaran yang kita miliki. Sebagai contoh, seorang alim menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat, seorang arkitek menyalurkan kemahirannya untuk membina pusat dakwah, sekolah dan sebagainya. Hal lain yang lebih sederhana seperti mengajar kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan formal di sekolah.

Selain itu, kita dapat jadi bermanfaat melalui harta kekayaan yang dimiliki. Contohnya, sedekah, sumbangan wang ringgit kepada aktiviti kebajikan dalam dan luar negara. Jika kita tidak mampu memberi manfaat dengan ilmu dan harta, kita dapat menjadi bermanfaat dengan tenaga dan kudrat yang Tuhan berikan. Misalnya, menjadi sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti kebajikan. Intinya, tiada alasan untuk kita tidak menjadi bermanfaat. Setiap orang boleh menjadi sebaik-baik manusia, menjadi peribadi yang bermanfaat dengan caranya dan kemampuannya yang tersendiri.

Rasulullah SAW bersabda, مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ الله فِي حَاجَتِهِ  yang bermaksud, barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya. (Muttafaqun ‘alaih) Hadis ini sepatutnya menjadi dorongan motivasi kepada kita untuk terus membuat kebaikan dalam apa jua keadaan. Nilai manfaat yang paling bermakna ialah apabila kita memberi kepada orang yang paling memerlukan. Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya.

Sebagai penutup, kata Buya Hamka, “Kita datang ke dunia membuat kerja, dan apa yang kita kerjakan itu pada hakikatnya bukan jasa seperti yang disangka kebanyakan orang, tetapi kewajipan yang sudah semestinya dilakukan oleh tiap-tiap orang hidup”.





Tuesday, 4 December 2018

3 Kelebihan Utama Beristighfar Yang Mesti Diketahui


Oleh: CIKGU ISKANDAR ZULFAQAR


Tidak dinafikan, kalimat istighfar bukanlah sukar untuk diungkapkan. Hanya satu kalimat keramat bagi istighfar iaitulah Astagfirullahaladzim. Namun, sayangnya mulut kita sangat berat untuk ungkapkan kata keramat ini.

Andai saja kita mengetahui akan kelebihan serta manfaat yang bakal diperoleh daripada mengucapkan kalimat suci ini, nescaya siang dan malam kita hanyalah diisi untuk beristighfar kepada Allah.     

Seseorang insan yang mengamalkan istighfar bukan sahaja akan dibayar dengan pengampunan pahala tetapi juga akan dikurniakan ketenangan hati. Kita sering mendengar bahawa orang yang beristighfar adalah orang yang sabar.

Kenyataan ini adalah tepat sama sekali. Orang yang sentiasa beristighfar ini pastinya memiliki ketenangan hati yang tinggi menyebabkannya mampu sentiasa bersabar walaupun apa jua dugaan datang menimpanya.

Maka dengan itu, adalah amat dituntut untuk kita semua sentiasa membasahkan lidah dengan istighfar kepada Allah. Berikut merupakan dalil daripada kitab suci Al-Quran berkaitan tuntutan beristighfar.

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3)

Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan beristighfar kepada seseorang umat Islam itu jika hendak dihitung. Namun, anda wajib tahu 3 kelebihan utama istighfar ini bagi menambahkan lagi motivasi serta semangat anda untuk sentiasa beristighfar. Berikut merupakan kelebihan-kelebihan tersebut.

1.) Allah S.W.T Mangampunkan Dosa Orang Yang Beristighfar

Sudah menjadi fitrah manusia untuk melakukan kesilapan dan dosa. Tidak dapat dinafikan pada setiap hari ada sahaja perbuatan tidak baik kita lakukan sama ada secara sedar mahupun tidak yang menyebabkan kita jatuh ke lembah dosa.

Hal ini kerana kita adalah makhluk yang lemah. Kita lemah dalam melawan godaan nafsu serta lemah dalam menentang bisikan jahat iblis. Oleh sebab itulah kita sering sahaja melakukan perkara-perkara tidak baik yang menjerumus ke arah dosa.

Namun demikian, adalah menjadi kewajiban buat kita untuk terus bertaubat atas dosa yang telah kita lakukan itu dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi.

Walaupun kita seringkali membuat silap, namun janganlah putus asa untuk bertaubat di jalan Allah. Sentiasalah bertaubat dan menginsafi diri. Allah itu Maha Pengampun dan Dia akan sentiasa mengampuni hamba-hambaNya seperti dalam maksud hadis sahih di bawah.

Allah telah berfirman, Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).

-Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi-

2.) Allah Memakbulkan Hajat Orang Yang Beristighfar

Hajat serta permintaan menjadi kenyataan adalah sesuatu yang sangat dicita-citakan oleh setiap manusia termasuklah kita. Sebagai contoh, anda berhajat unutk memiliki kereta, dan tiba-tiba kereta mewah yang anda impikan itu muncul betul-betul di hadapan anda. Apakah perasaan anda? Gembira bukan?

Begitulah juga dengan seseorang yang sentiasa beristighfar, Allah akan selalu menunaikan hajat yang dimintanya itu. Berikut kami kongsikan kisah Imam Ahmad Bin Hambal berkenaan dengan perkara ini.

Terdapat seorang penjual roti yang sentiasa beristighfar. Hasil daripada dirinya yang sentiasa beristighfar itulah Allah telah menghadiahkan setiap hajatnya menjadi kenyataan

Namun, terdapat satu hajat si penjual roti tersebut yang Allah S.W.T belum tunaikan iaitulah untuk bertemu dengan Imam Ahmad Bin Hambal. Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hambal menumpang bermalam di rumah penjual roti itu. Ketika itu, penjual roti tersebut tidak mengenali Imam Ahmad Bin Hambal.

Mereka berdua berbual dan si penjual roti tersebut menceritakan bahawa setiap hajatnya ditunaikan oleh Allah kerana beristighfar kecuali satu sahaja lagi yang belum tertunai iaitulah untuk bertemu dengan Imam Ahmad Bin Hambal.

Mendengarkan perkara itu, Imam Ahmad Bin Hambal terus memperkenalkan dirinya. Si penjual roti tersebut sebak mengenangkan betapa Allah telah mengaturkan pertemuannya dengan Imam Ahmad Bin Hambal seperti yang dihajatkannya.

Begitu juga dengan kita. Banyakkan istighfar dan berdoa. InshaAllah Allah S.W.T akan mendengar serta memakbulkan doa kita itu.

3.) Dijauhkan Dari Azab Kubur

Kita sering melakukan dosa dan kepada Allah jualah tempat kita memohon keampunan dan perlindungan. Oleh yang demikian sentiasalah memohon ampun kepada Allah tanpa perlu berputus asa.

Keampunan daripada Allah mampu menyelamatkan kita daripada ditimpa azab di akhirat kelak. Sesungguhnya seksaan dan azab kubur itu benar dan amatlah pedih sehinggakan tidak mampu dibayangkan oleh minda manusia yang terbatas.

Oleh itu, sentidas beristighfar dan meminta kempunan atas apa jua dosa yang dilakukan nescaya Allah akan mengampunkan dosa hambaNya. Allah itu Maha Penyayang.

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ


Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. (Surah Al-Anfal: 33)

Terdapat sebuah kisah berkaitan dengan keampunan Allah dan terselamat daripada azab kubur ini. Seorang ulama telah bertanya kepada seorang pemotong daging tentang apakah yang dilakukannya sehinggakan kubur arwah ayahandanya sentiasa lapang dan bercahaya.

Apakah amalan yang dilakukannya sehingga arwah ayahnya itu terselamat daripada azab api neraka. Si pemotong daging itu menjawab dia tidak melakukan apa-apa melainkan beristighfar dan berdoa memohon Allah S.W.T menyelamatkan ayahnya di barzakh.

Oleh itu, jadikanlah beristighfar ini sebagai amalan harian kita. Sentiasalah beristighfar untuk mendapatkan redha Allah seterusnya mampu menyelamatkan kita daripada azab api neraka kelak.



Apa Itu Nazar Dan Jenis-jenis Nazar


Oleh: CIKGU ISKANDAR ZULFAQAR

Mungkin kita sering dengar serta tahu maksud nazar dan mungkin juga kita pernah bernazar untuk melakukan sesuatu. Buat anda yang belum tahu apa yang dimaksudkan dengan nazar, kami sertakan maksudnya di sini.

Nazar bermaksud mewajibkan diri sendiri untuk melakukan sesuatu atau perbuatan (ibadah) untuk Allah S.W.T yang pada hukum asalnya tidak wajib. Nazar boleh disama ertikan dengan janji. Oleh yang demikian, anda perlu tunaikan nazar sepertimana janji perlu ditepati.

Contoh situasi nazar mudah sahaja. Anda mengidamkan sebuah kereta baharu sebagai contoh. Jadi, anda sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki untuk memiliki kereta itu. Bersama doa itu, anda selitkan nazar untuk berpuasa selama satu bulan sekiranya hasrat anda untuk memiliki kereta baharu itu tercapai. Itulah nazar dan apabila anda berjaya memiliki kereta baharu kelak, anda perlulah berpuasa selama sebulan.

Terdapat tiga jenis nazar iaitu Nazar Lajaj, Nazar Al-Mujazah dan juga Nazar Mutlak. Berikut adalah penerangan maksud ketiga-tiga nazar ini beserta contoh:

1.) Nazar Lajaj

Nazar Lajaj dilafazkan bertujuan menghalang diri daripada melakukan sesuatu perkara. Biasanya, nazar ini dilafazkan ketika seseorang kurang pertimbangan diri seperti dalam keadaan marah, terlebih bersemangat dan sebagainya. Sebagai contoh, seseorang itu berkata. Aku bernazar untuk tidak mencarut lagi. Sekiranya aku mencarut sekali, aku perlu berpuasa selama satu bulan.

Jika diteliti, si polan ini sedang dalam keadaan yang sangat bersemangat untuk membendung dirinya daripada mencarut. Namun, beliau lupa risiko sangat tinggi sekiranya beliau tidak sengaja mengeluarkan perkataan mencarut banyak kali.

Hukum menunaikan nazar jenis ini bergantung kepada apa yang dinazarkan. Sekiranya nazar itu berbentuk maksiat dan tidak baik, nazar tersebut tidak perlu ditunaikan.

Sebaliknya, sekiranya nazar tersebut baik, si polan boleh memilih sama ada untuk melunaskannya ataupun membayar kafarah. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, Allah telah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 89 tentang perkara ini.

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).

2.) Nazar Al-Mujazah

Nazar Al-Mujazah adalah nazar yang dilafazkan kerana bergantung kepada sesuatu yang menyebabkan si polan akan melakukan sesuatu. Nazar ini selalunya dilafazkan dalam keadaan sedar. Contoh nazar ini adalah seperti berikut:

Sekiranya penyakitku sembuh, aku akan sedekahkan wang berjumlah RM100.

Hukum melakukan nazar ini pula adalah wajib kerana si polan sedar semasa melafazkan nazar ini. Jadi, dalam situasi seperti contoh di atas, si polan perlu bersedekah sebanyak RM100 sekiranya penyakitnya sembuh kelak.

3.) Nazar Mutlak

Nazar mutlak pula adalah nazar yang dilafazkan seseorang bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Tidak ada ada perkara lain yang disandarkan melalui nazar ini. Hal ini bermaksud si polan bernazar hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan benda lain.

Sebagai contoh, aku akan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Hukum bagi nazar jenis ini adalah wajib dilunaskan tanpa terikat kepada sesuatu perkara.

Jadi, begitulah jenis-jenis nazar yang perlu kita ketahui. Berhati-hatilah dalam mengungkap nazar kerana bimbang kita tidak mampu untuk menunaikannya. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.






Fahami Dan Selami Erti Kemanusiaan


Oleh: CIKGU ISKANDAR ZULFAQAR

Kemanusiaan adalah suatu perkataan yang mudah untuk diungkap tetapi sukar untuk ditafsirkan ertinya yang sebenar. Malah, jika ditanya kita secara spontan apa itu erti kemanusiaan, nescaya kita juga kelu untuk menjawabnya bukan?

Banyak jawapan diterima apabila ditanya tentang maksud kemanusiaan. Semestinya, lain orang lain jawapan yang diberikan. Ada yang mengatakan kemanusiaan ini adalah sifat manusia.

Ada juga yang mengatakan berbuat baik itulah yang merujuk kepada erti kemanusiaan. Malah, terdapat juga jawapan yang menarik untuk didengar tentang kemanusiaan iaitulah berbuat baik tanpa mengira kaum dan agama.

Definisi-definisi yang diterima daripada jawapan orang ramai tersebut adalah betul. Namun, erti yang lebih tepat tentang kemanusiaan adalah sifat ihsan dalam diri manusia terutama sekali yang beragama Islam.

Sesungguhnya agama Islam mengajar pengganutnya supaya berbuat baik dan menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja walaupun mereka bukan beragama Islam.

Malah, Nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menunjukkan contoh ini dengan cara menyayangi seorang wanita tua yang buta walaupun wanita tua tersebut amat memusuhi Islam dan ingin sekali membunuh Baginda.

Namun, atas rasa ihsan dan kemanusiaan yang tinggi, RasullAllah S.A.W tetap juga melayani wanita tua tersebut dengan baik dan menyuapkannya makan. Oleh kerana wanita tua itu buta, dia tidak tahu siapakah yang menyuapkannya itu.

Setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat, sahabat telah menyambung amalan Baginda menyuap makan kepada orang tua itu. Namun, orang tua tersebut dapat merasakan bahawa orang yang menyuapkannya kini adalah orang lain dan bukannya yang selalu.

Orang tua tersebut bertanya siapakah gerangan orang yang selalu menyuapkannya makan itu? Sahabat menjawab orang itu adalah RasullAllah S.A.W. Wanita tua tadi menangis teresak-esak dan menyesali perbuatannya kerana telah memusuhi Islam serta ingin membunuh Baginda. Selepas itu, wanita tersebut memeluk Islam.

Begitulah kisah Nabi yang sangat ihsan dan berperikemanusiaan walhal wanita tersebut sangat benci kepadanya. Begitu juga dengan kita. Kita juga perlu menerapkan nilai kemanusiaan ini dalam diri kita kerana perkara ini sangat dituntut dalam agama.


إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا [١٧:٧][4]

Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, Maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. (Surah Al Isra ayat 7)

Islam ini sebenarnya diturunkan bukan sahaja untuk membawa kebaikan kepada orang Islam itu sendiri tetapi sebenarnya membawa kebaikan kepada semua makhluk bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan, tumbuhan, alam dan lain-lain.

Jadi, kita sebagai umat Islam adalah berperanan sebagai ejen kepada perkara ini. Ini bermaksud kita bukan sahaja perlu bersifat kemanusiaan kepada orang Islam dan bukan Islam tetapi juga kita perlu bersifat kemanusiaan kepada semua makhluk lain. Berikut merupakan ayat Al-Quran yang menegaskan perkara ini.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Surah Al-Anbiya Ayat 107)

CARA MUDAH MEMPRAKTIKKAN SIFAT KEMANUSIAAN

Tidak sukar sebenarnya untuk kita praktikan sifat kemanusiaan ini kepada manusia dan juga makhluk-makhluk Allah yang lain. Kami akan kongsikan serba sedikit tentang cara-cara mudah untuk mempraktikkan sifat ini.

Pertama, cara yang paling sesuai adalah dengan menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengira kaum dan agama. Bantuan di sini tidak bermaksud hanya berbentuk duit dan benda sahaja.

Bantuan di sini datang dari pelbagai sudut. Menolong orang lain mengangkat barangnya yang berat serta menumpangkan orang yang tiada berkenderaan juga dianggap sebagai bantuan. Sifat kemanusiaan terserlah dengan bantuan yang diberikan ini.

Contoh yang dapat kita lihat adalah pengasas-pengasas Madarasah Darussunah (MADS) Pulau Jambongan yang bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan anak-anak di Pulau Jambongan celik ilmu agama.

Ribuan wang ringgit mereka habiskan, kudrat dan tenaga juga diperah demi memastikan hasrat murni ini tercapai. Adakah mereka menerima wang sebagai ganjaran? Tidak sama sekali. Segala usaha keras mereka ini dilakukan secara ikhlas dan tidak berbayar. Di sinilah nilai kemanusiaan dapat dilihat.

Contoh kedua adalah program kebajikan yang dijalankan oleh MADS untuk bantuan kepada warga di Kampung Sampah, sebuah kampung yang sangat dhaif. Kumpulan pengasas MADS ini mengeluarkan ratusan ringgit dalam misi kemanusiaan Kampung Sampah ini semata-mata ingin memberikan bantuan kepada mereka.

Itulah antara contoh ihsan dan kemanusiaan sesama manusia. Bagaimana pula contoh sifat kemanusiaan terhadap makhluk lain? Mudah sahaja. Sebagai contoh, seekor kucing yang dalam kelaparan datang menghampiri kita. Berilah makanan kepadanya. Itulah sifat kemanusiaan kita terhadap haiwan.

Paling mudah untuk kita lakukan adalah mengutip sampah yang bertaburan. Walaupun nampak remeh namun amalan itu sebenarnya adalah menunjukkan sikap kemanusiaan atau ihsan kita kepada alam sekitar.

Semoga kita semua diberi kekuatan dalam usaha mempraktikkan sifat kemanusiaan ini dalam diri kita. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Melihat akan segala perkara kebaikan yang kita lakukan.